
Ok...balik pasal murid-murid 1D ni, akupun dah lupa semua nama-nama mereka (jangan kecil hati ye..). Antaranya yang masih dalam ingatanku ialah Kalbans Singh (tak tahu di mana skg dia), Mohd Nasir (skg di UK), Victor Sintar (lost info), Nazlan Sapri (lost info), Azlan (last jumpa di Melaka-tgh buat medic), Hafiz (lost info), Yusop Katha (di Semenanjung), mmmm..siapa lagi ye? (nanti sesiapa yg tahu ingatkan sensei). Yang perempuan pula yang masih boleh ingat, Azlina Aminullah (UTP), Suharni Muin (skg di US), Alice Junus (UMS), Zubaidah Hari (New Zealand), Junidah Lamaming (skg kat mana ye?), Amsina Anas (lost info), Jean Jessie James (lost info)...mmm...isshhh...lupalak (susahnya nak recall..dah tua kot)..apapun mereka nilah antara anak-anak muridku yang pertama sejak aku bergelar 'sensei'. ...(yang lain kalau ada baca ruangan ni, hantarlah berita pada sensei okay).
Mengajar murid-murid 1D bukanlah susah sangat. Maklumlah budak-budak SBP. Banyak pengalaman yang kulalui sepanjang mengajar mereka ni. Ada waktu aku perlu berlawak, garang ( teringat lagi beberapa orang murid-murid yang dapat penamparku apatah lagi bila tak siap shukudai (homework) yang kuberikan.????...harap kalian halalkan ye). Maklumlah semangat tinggi nak mengajar, usia pula masih muda, jadi mudahla panas. Murid-murid perempuanpun ada yang dihukum. Nak ketawa ada juga bila mengenangkan bagaimana susahnya mereka nak menyebut perkataan-perkataan Jepun ni, dan dalam garang mengajar ni kekadang aku tak dapat menahan untuk ketawa. Tentu kalian masih ingatkan bila masuk bab perkataan-perkataan dalam bilik darjah. Kalau perkataan-perkataan lain susah sangat nak ingat, tapi bila sebut aje kipas, semua boleh ingat. Lebih-lebih lagi budak-budak lelaki. Sengaja aje sebut kuat-kuat berulang kali. Hehehe..nak buat cam mana, dah memang begitu sebutannya. Akupun macam mereka dulu..hehe.
Walaupun masa mengajar mereka ni tak banyak, tapi aku rasa puas sebab ramai juga yang dapat menguasai kemahiran Bahasa Jepun ni. Tak sia-sia ngajar ala-ala Jepun...(teringatlak kat si Hafiz, kat mana dia ya...kerap sangat kena 'tangan' sensei ni..sampai sekarang sensei boleh gambarkan wajahnya).
Pejam celik,pejam celik dah dekat 10 tahun masa berlalu. Sekarang ni masing-masing berada di merata tempat. Ada yang dah bekerja, ada yang masih belajar (dalam atau luar negara)..mungkin ada yang dah kahwin (tak tahula sensei..kalau ada, tolong update).
Apapun seseungguhnya aku begitu gembira dan bangga mengenali kelas 1D ini. Semoga kalian semua berjaya dan bahagia dengan apa sahaja yang dilakukan walau di mana berada...Aminn...
Oklah..cukup dulu untuk hari ini.
bersambung....
No comments:
Post a Comment